Ali bin Abi Talib r.a. berkata,
"Sewaktu Rasullullah saw duduk
bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu
rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya
kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa
a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat
muqarrab.
' Lalu Rasullullah saw bersabda,
'Silakan bertanya.'
Berkata orang Yahudi, 'Sila
terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas
umatmu.'
"Sabda Rasullullah saw,
'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu
kepada Tuhannya.
Sembahyang Asar itu ialah saat
ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat
Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang
Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka
pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isyak itu ialah
sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah sebelum
terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua
tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'
Setelah orang Yahudi mendengar
penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang
kamu katakan itu Muhammad.
Katakanlah kepada kami apakah pahala
yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.
' Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah
waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Zuhur, pada saat itu
nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada
ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda Rasullullah saw lagi,
'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah
khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan
dosanya seperti bayi yang baru lahir.'
Selepas itu Rasullullah saw membaca
ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang
yang pertengahan.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat
di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan
sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan
perkenankan.'
Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang
Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari
Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi
menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada
terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi
Titian Sirath.'
Sabda Rasullullah saw seterusnya,
'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama
40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan
iaitu:
a) Dibebaskan daripada api neraka.
b) Dibebaskan dari nifaq.
"Setelah orang Yahudi mendengar
penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata,
'Memang benarlah apa yang kamu
katakan itu wahai Muhammad (saw).
Kini katakan pula kepada kami semua,
kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'
Sabda Rasullullah saw, 'Ketika Nabi
Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam
perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas
keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu
malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.'
Kata orang Yahudi lagi,'Wahai
Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu.
Kini terangkan kepada kami mengenai
ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.'
Sabda Rasullullah saw, 'Seorang
hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia
akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:
a) Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh
daripada makanan yang haram).
b) Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
c) Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
d) Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.
e) Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).
f) Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang
Titian Sirath.
g) Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'
Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang
kamu katakan itu Muhammad.
Katakan kepada kami kelebihanmu di
antara semua para nabi.'
Sabda Rasullullah saw, 'Seorang nabi
menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap
menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di
hari kiamat).'
Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang
kamu katakan itu Muhammad.
Kini kami mengakui dengan ucapan
Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada
Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).'
Peringatan !!!
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan
kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan
buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."
(Surah Al-Baqarah: ayat 155) "Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang
diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."
(Surah Al-Baqarah: ayat 286)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar